Mayat lelaki jatuh jambatan ditemui

Iklan
Anggota bomba dibantu anggota APM mengangkat mayat seorang lelaki yang dipercayai terjatuh dari jambatan Jalan Tanah Putih dalam kejadian tengah malam Selasa.

KUANTAN - Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke Sungai Kuantan dari jambatan Jalan Tanah Putih tengah malam Selasa, ditemui pada Rabu.

Mayat lelaki berusia 37 tahun itu ditemui pada jam 10.15 pagi kira-kira enam kilometer dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

Iklan
Iklan

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa digerakkan selepas pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 12 tengah malam.

Iklan

"Seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan diarah ke lokasi bersama Pasukan Penyelamatan Di Air ( PPDA).

"Operasi tersebut turut mendapat bantuan daripada polis dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM)," katanya.

Iklan

Zulfadli berkata, operasi pencarian turut dibantu anjing pengesan.

Kejadian orang terjatuh jambatan itu adalah yang kedua berlaku di daerah ini dalam tempoh empat hari.

Dalam kejadian 11 Jun lalu, seorang wanita berjaya diselamatkan oleh nelayan selepas terjatuh ke Sungai Kuantan dari Jambatan Tanjung Lumpur, kira-kira 5 pagi.