Program Alam Sekitar

Iklan
Para pelajar SJKT Bayan Lepas menunjukkan anak pokok yang diterima pada majlis pelancaran Program Alam Sekitar di sekolah berkenaan di sini hari ini. Sebanyak 100 anak pokok disampaikan oleh pihak sekolah kepada pelajar dan guru sekolah berkenaan bagi memupuk semangat menanam pokok sebagai mencintai alam sekitar dan bumi. Progam tersebut bertujuan untuk menyemai sifat menghargai ekosistem yang semakin menipis dalam kalangan masyarakat. Selain memberi peluang kepada semua pelajar supaya dapat mengetahui kelebihan menanam, menyiram dan juga menjaga pokok yang telah ditanam.