Kerajaan benar eksport ayam kampung, ayam hitam

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

PUTRAJAYA - Ayam kampung dan ayam hitam antara tiga produk komoditi yang diberi kebenaran khas oleh kerajaan untuk dieksport.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi kenyataannya pada Rabu memaklumkan, semua produk berasaskan ayam dan Day Old Chick (DOC) Parent Stock turut diberi kebenaran eksport.

Iklan
Iklan

"Keputusan itu dibuat setelah beberapa siri perbincangan dengan pemain industri dan persatuan penternak diadakan," katanya.

Ujar MAFI, konsainan eksport komoditi tersebut perlu diuruskan sewajarnya oleh pemilik permit.

Iklan

Dalam pada itu, MAFI menegaskan, larangan eksport untuk ayam pedaging, ayam bulat, keratan ayam dan anak ayam DOC umur sehari ayam pedaging masih kekal berkuat kuasa.

"Kawalan secara fizikal di semua pintu keluar akan terus dilaksanakan oleh pegawai penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia Maqis," katanya.

Iklan

Kementerian itu berkata, kerajaan memandang serius sekiranya terdapat sebarang penyalahgunaan terhadap kebenaran khas berkenaan.

Sekiranya terdapat pelanggaran, tindakan di bawah Subseksyen 11(2) dan 11(3), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan 2011 [Akta 728] boleh diambil.

"Jika sabit kesalahan, denda sehingga RM100,000 atau penjara enam tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan.

"Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan sehingga tujuh tahun atau kedua-duanya," katanya.

Pada 23 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberhentian eksport ayam sebanyak 3.6 juta sebulan mulai 1 Jun.

Langkah jangka pendek yang diputuskan kabinet itu diteruskan sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil dengan keutamaan terhadap bekalan rakyat negara ini.

Portal Singapura, MediaCorp pada Selasa melaporkan Malaysia menarik balik sebahagian larangan pengeksportan ayam.