Budak dua tahun terperangkap setengah jam dalam kereta

Iklan
Tiga anggota bomba sedang membuka pintu kereta Proton Persona itu menggunakan peralatan khas.

MELAKA - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun diselamatkan bomba selepas hampir 30 minit terperangkap dalam sebuah kereta yang terkunci di hadapan kedai runcit di Pantai Kundor, Tanjung Kling di sini pada Rabu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd Hafifi Roslan berkata, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 11.09 pagi.

Iklan
Iklan

"Setiba di lokasi, kanak-kanak lelaki itu didapati masih terkunci dalam kereta jenis Proton Persona di hadapan sebuah kedai runcit.

"Dipercayai ibu mangsa keluar sebentar untuk membeli barang di kedai dan meninggalkan anaknya dalam kenderaan itu sebelum pintu terkunci," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, anggota bomba kemudiannya menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta berkenaan.

"Operasi tamat kira-kira jam 11.26 pagi dan kanak-kanak yang tidak mengalami sebarang kecederaan itu kemudiannya diserahkan kepada ibunya," katanya.

Iklan