Penguat kuasa ditahan kes terima rasuah kad pengenalan

Iklan
SPRM

SANDAKAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sandakan menahan seorang anggota penguat kuasa bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima suapan bernilai kira-kira RM5,000 dalam urusan pengeluaran kad pengenalan Malaysia.

Menurut sumber, suspek berumur 42 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Sandakan kira-kira pukul 9.30 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan.

Iklan
Iklan

Suspek dipercayai telah meminta dan menerima suapan daripada seorang individu sebagai upah untuk menguruskan pengeluaran kad pengenalan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Iklan

Karunanithy berkata, suspek bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan SPRM dan dijangka dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan pada hujung bulan ini. - Bernama

Iklan