Timbalan Menteri dicadang gulung perbahasan sidang Parlimen Belia: PM

Iklan
Ismail Sabri (tengah) pada sesi bergambar bersama para Perwakilan selepas sesi Persidangan Parlimen Belia Malaysia Tahun 2022 hari ini. Foto Bernama

BANGI - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan supaya Persidangan Parlimen Belia Malaysia akan datang melibatkan sesi penggulungan daripada sekurang-kurangnya timbalan menteri.

Beliau berkata, langkah itu dapat memastikan setiap perkara dibangkitkan pada sesi perbahasan mendapat maklum balas dan maklumat lengkap daripada kementerian berkaitan.

Iklan
Iklan

"Saya difahamkan yang akan menjawab atau menggulung nanti tidak terdiri daripada wakil daripada Kabinet atau timbalan menteri. Saya nak kita anggap Parlimen Belia ini penting.

"Saya ingin mencadangkan pada masa akan datang, kalau macam hari ini mereka bincang soal isu sekuriti makanan melibatkan Kementerian Pertanian (Kementerian Pertanian dan Industri Makanan) dan sebagainya, untuk menggulungnya saya harap akan datang sekurang-kurangnya timbalan menteri yang akan menggulung kerana maklumat lengkap tentang perkara dibangkitkan ada pada kementerian berkaitan.

Iklan

"Isu seperti keselamatan dan sebagainya, Kementerian Dalam Negeri boleh hantar timbalan menteri untuk menjawab isu-isu dibangkitkan pada Persidangan Parlimen Belia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Parlimen Belia Malaysia Tahun 2022, di sini hari ini.

Ismail Sabri turut merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Belia yang dilihat cukup berpengalaman dalam menyampaikan hujah semasa sesi perbahasan pada persidangan itu.

Iklan

Persidangan itu yang berlangsung dari 14 hingga 16 Jun melibatkan seramai 90 perwakilan bagi membahaskan usul berkaitan pembangunan belia negara. - Bernama