UAE hentikan eksport gandum dari India selama empat bulan

Iklan
Foto hiasan 123RF

NEW DELHI - Emiriah Arab Bersatu (UAE) menghentikan eksport dan eksport semula gandum dari India untuk tempoh empat bulan, berikutan isu aliran perdagangan global.

UAE mengumumkan langkah itu pada Rabu, berkuat kuasa pada 13 Mei selepas India, pengeksport komoditi kedua terbesar dunia menghentikan eksport gandum untuk meningkatkan keselamatan makanannya.

Iklan
Iklan

Syarikat yang ingin mengeksport gandum dan tepung gandum India yang telah diimport ke negara itu sebelum 13 Mei, perlu mendapat kebenaran kementerian untuk mengeksport semula ke luar UAE, lapor Agensi Berita Nasional WAM.

"Kementerian Ekonomi memaklumkan keputusan dibuat susulan perkembangan antarabangsa yang telah menjejaskan aliran perdagangan," lapor WAM.

Iklan

Krisis Rusia-Ukraine telah menjejaskan sejumlah komoditi perdagangan global termasuk gandum, jagung, dan minyak bunga matahari. - Bernama

Iklan