Tular video feri terbakar, Maritim sahkan kejadian tahun 2019

Iklan
Kejadian feri terbakar yang turut dikongsi dalam Facebook Langkawi Viral pada 25 Februari 2019.

LANGKAWI - Video feri terbakar di perairan Langkawi seperti ditularkan di media sosial pada Rabu adalah video lama yang berlaku pada Februari 2019.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, video berdurasi 22 saat yang dimuat naik di satu laman Facebook adalah kejadian sekitar tahun 2019 dan syarikat pengendali perkhidmatan feri tersebut juga tidak lagi beroperasi.

Iklan
Iklan

Katanya, video tersebut dipercayai sengaja ditularkan semula di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab tanpa memikirkan kesan daripada tindakannya itu terhadap masyarakat terutamanya pemain industri pelancongan di Langkawi.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan gambar dan video lama bagi mengelakkan kekeliruan dan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Iklan
Iklan

Romli berkata, sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis di talian 04-9662750 atau di talian kecemasan MERS 999.