TMJ dilantik sebagai Pemangku Raja Johor

Iklan
Tunku Ismail Sultan Ibrahim
ISKANDAR PUTERI - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melantik Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja bermula pada Khamis.

Pengumuman pelantikan itu dibuat baginda selepas selesai bertitah merasmikan pembukaan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Pertama DUN Johor ke-15, di Bangunan Sultan Ismail di Kota Iskandar di sini pada Khamis.

"Tunku Mahkota Johor dilantik sebagai Pemangku Raja bermula hari ini. Saya hendak berehat sekejap mula hari ini," titah baginda.

Tunku Ismail adalah anak sulung Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Tunku Ismail dilantik sebagai Raja Muda Johor pada April 2006 sebelum dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada Januari 2010.

Pemangku Raja adalah seseorang yang memegang kuasa raja sebagai wakilnya sama ada ketika ketiadaan raja, ketika raja sedang sakit atau raja belum dewasa.