Terbuka Indonesia: Zii Jia jumpa juara dunia di suku akhir

Iklan
Lee Zii Jia

PEMAIN perseorangan sensasi negara, Lee Zii Jia meneruskan persembahan bertenaga di Kejuaraan Badminton Terbuka Indonesia 2022 apabila mara ke suku akhir kejuaraan tersebut pada Khamis.

Pemain nombor lima dunia itu yang sebelum ini menjinakkan pemain Thailand, Sitthikom Thammasin 21-15, 21-14 di pusingan pertama sekali lagi mudah melepasi satu lagi aksi pemanas badan dengan menewaskan bintang India, Sameer Verma.

Iklan
Iklan

Dalam aksi di Stadium Istora Senayan, Jakarta itu, Zii Jia yang dihentikan perjalanan di suku akhir Masters Indonesia oleh Anthony Sinisuka Ginting minggu lalu, ternyata lebih dominan apabila menguasai kejuaraan bertaraf Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Super 1000 tersebut dengan kemenangan 21-10, 21-13 dalam tempoh 41 minit.

Cabaran sebenar Zii Jia yang berstatus juara Asia di kejuaraan ini bermula apabila dipertemukan dengan juara dunia, Loh Kean Yew dari Singapura di suku akhir.

Iklan

Kean Yew mengesahkan tiket ke fasa seterusnya selepas menyingkirkan pemain Perancis, Toma Junior Popov, 21-16, 21-9 dalam perlawanan selama 37 minit.

Sementara itu, beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei juga mara ke pusingan berikutnya selepas menewaskan satu lagi pasangan negara Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai, 21-19, 21-19 dalam perlawanan yang berlangsung selama 39 minit.

Iklan