KPDNHEP Selangor catat pelupusan barangan terbesar tahun ini

Iklan
Mohd Khairi (tengah) mengetuai operasi melupuskan barangan dalam sidang media yang dijalankan di Stor Ekshibit Bukit Raja, Shah Alam di sini pada Khamis.

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor melupuskan pelbagai barangan bernilai RM324,039.50 melibatkan 27 kes bermula Januari sehingga Jun lalu.

Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor Mohd Khairi Jamaludin berkata, kesemua barangan rampasan itu melibatkan pelanggaran Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Hak Cipta 1987, Akta Jualan Langsung 1993 dan Akta Cap Dagang 2019.

Iklan
Iklan

"Antara barangan yang dilupuskan adalah melibatkan barang tiruan seperti cermin mata, telefon bimbit, kasut, selipar, sarung kaki, baju, aksesori telefon bimbit, beg tangan, tudung, daging dan lain-lain.

"Pelupusan yang dijalankan di stor ekshibit Bukit Raja, Shah Alam ini adalah terbesar yang dijalankan pada tahun ini dan ia dilupuskan selepas mendapat arahan oleh pengawal dan mahkamah,” katanya.

Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor Mohd Khairi Jamaludin.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang dijalankan di Stor Ekshibit Bukit Raja, Shah Alam di sini pada Khamis.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang perniagaan yang ditetapkan kementerian dan tidak melanggar undang-undang membabitkan penjualan dan pengedaran barangan tiruan bagi mengelak dikenakan tindakan.

Iklan

"Sebarang perlakuan yang melanggar mana-mana peruntukan perundangan yang dikuatkuasakan KPDNHEP tidak akan berkompromi dan boleh mengenakan tindakan perundangan yang sewajarnya.

"KPDNHEP Selangor menggalakkan pengguna menjadi mata dan telinga kepada kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDNHEP," katanya.