Prasarana tingkat kekerapan perkhidmatan tren, bas

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melalui anak syarikatnya, Rapid Rail dan Rapid Bus sedang mempertingkatkan keupayaan dan kekerapan perkhidmatan pengangkutan bagi menampung pertambahan penumpang ketika ini.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, pertambahan ketara jumlah penumpang dapat dilihat selepas kerajaan mengumumkan peralihan negara ke fasa endemik pada April lalu.

Iklan
Iklan

"Sehingga ke hari ini, jumlah purata penumpang harian bas dan rel telah menjangkau 700,000 penumpang.

"Kami menyasarkan peningkatkan jumlah penumpang sebanyak 800,000 menjelang akhir tahun 2022,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Fasa 1 Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya di sini pada Khamis.

Iklan

Perasmian disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengulas lanjut, Mohd Azharuddin berkata, jumlah bas akan ditambah di koridor laluan bas serta stesen-stesen rel yang mempunyai faktor beban yang tinggi supaya masa menunggu dapat dipendekkan.

Iklan

"Pada masa yang sama, kami juga melaksanakan program pemeriksaan khas dan penilaian RAMS (Reliability, Availability, Maintainability and Safety) ke atas sistem-sistem tren, rel danaset Prasarana supaya penambahbaikan secara menyeluruh dapat dijalankan,” katanya.