LBS ramal pemulihan sektor hartanah pada tahun ini

Iklan
Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San

SHAH ALAM - LBS Bina Group Berhad yakin peningkatan menggalakkan di dalam industri pasaran hartanah selaras dengan pemulihan ekonomi negara kini.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San, berkata, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, jumlah kumulatif permohonan pinjaman untuk pembelian hartanah pada suku pertama tahun 2022 meningkat 4.06 peratus.

Iklan
Iklan

"LBS konsisten berada di landasan dengan rancangan untuk melancarkan 14 projek yang dianggarkan bernilai RM1.77 bilion pada 2022 di seluruh Lembah Klang, Johor, Pahang dan Perak.

"2021 merupakan tahun yang membuahkan hasil. Kami berharap dengan tumpuan berterusan terhadap perniagaan dan pembayaran dividen yang konsisten selaras dengan dasar dividen syarikat, para pemegang saham LBS akan terus menaruh kepercayaan mereka kepada kami,”katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-22 yang berlangsung secara maya, hari ini.

Iklan

Menurutnya, LBS akan mengharungi cabaran 2022 dengan berhati-hati melangkah ketika pemulihan ekonomi, dan berharap untuk terus mengemudi LBS ke hadapan di samping meningkatkan nilai pemegang kepentingan.

Dalam pada itu, sehingga 15 Jun 2022 LBS telah merekodkan jualan hartanah sebanyak RM 816 juta dengan tempahan dalam perancangan sejumlah RM 683 juta.

Iklan

LBS seterusnya mengumumkan bahawa kesemua 11 resolusi biasa yang dibentangkan semasa AGM ke-22 untuk pertimbangan telah diluluskan oleh para pemegang sahamnya termasuk dividen akhir satu peringkat sebanyak 1.00 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Sebagai tambahan kepada dividen interim pertama LBS sebanyak 0.85 sen sesaham (dividen pertama) yang telah diumumkan pada 15 April 2022, jumlah dividen LBS untuk kewangan berakhir 31 Disember 2021 adalah berjumlah 1.85 sen sesaham.

Dividen interim pertama dan dividen akhir akan dibayar pada 14 Julai 2022 dan 15 September 2022 masing-masing kepada pemegang saham yang namanya tersenarai di dalam Rekod Pendeposit LBS pada 30 Jun 2022 dan 30 Ogos 2022.