Bangun seawal jam 4 pagi untuk ulang kaji

Iklan
Nur Hidayahtul (kiri) berkongsi kejayaan bersama ibunya, Che Wan Nor Zarina.

KUANTAN - Bangun awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran antara rahsia kejayaan Nur Hidayahtul Akma Ellyana Muhammad Elleyas, 18, yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kuantan itu memperoleh keputusan 10A 1B+.

Iklan
Iklan

Nur Hidayahtul berkata, dia akan bangun seawal jam 4 pagi setiap hari untuk mengulangkaji pelajaran.

Menurutnya, kaedah itu dilihat efektif buatnya dan lebih mudah untuk mengingati dan memahami subjek yang diambil.

Iklan

"Selain itu, ulangkaji bersama rakan-rakan serta rajin bertanyakan kepada guru jika tidak faham mana-mana subjek juga banyak membantu.

"Saya sebenarnya terkejut dan terharu selain bersyukur apabila diumumkan mendapat keputusan 10A kerana ketika percubaan hanya dapat 6A," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Nur Hidayahtul berkata, dia berhasrat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan dan kalau ada rezeki mahu belajar di luar negara.

"Walaupun berdepan kesukaran kerana Covid-19, saya anggap ia satu cabaran untuk berjaya," kata anak sulung daripada tiga beradik itu.

Sementara itu, ibunya, Che Wan Nor Zarina Wan Hamzah, 36, bersyukur dengan pencapaian yang diraih oleh anak sulungnya dan berharap kejayaan itu dapat diikuti oleh anak-anaknya yang lain.

"Saya dan suami akan sentiasa memberikan sokongan penuh kepada anak-anak demi masa hadapan mereka," katanya.