KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada semua pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang mendapat keputusan masing-masing hari ini.
Beliau yang menyifatkan perjalanan baharu pelajar berkenaan kini bermula, turut mendoakan semua pelajar yang mendapat keputusan SPM 2021 hari ini terus berjaya pada masa akan datang.