Lorde sertai konsert amal Christchurch

Iklan
Lorde antara barisan artis membuat persembahan sempena konsert amal "You Are Us" di Auckland pada 13 April depan.

OKIATO - NEW ZEALAND. Penyanyi kelahiran New Zealand dan pemenang Grammy iaitu Lorde akan membuat kemunculan khas sempena konsert amal Christchurch"You Are Us" di Auckland pada 13 April depan.

Konsert berkenaan bertujuan mengutip sumbangan bagi mangsa yang terjejas dalam serangan pengganas di Christchurch 15 Mac lalu.

Iklan
Iklan

Datuk Bandar Christchurch, Lianne Dalziel berkata, respon penggiat seni terhadap konsert amal itu sangat mengagumkan.

"Kami berterima kasih atas respon positif penggiat seni kerana sumbangan daripada konsert amal ini penting bagi pemulihan jangka panjang komuniti Muslim.

Iklan

"Komuniti Muslim juga beri impak sangat besar dan mereka memerlukan sokongan berterusan," katanya.

Tahun lalu, Lorde memutuskan untuk membatalkan konsertnya di Tel Aviv sebagai tanda protes dan sokongan kempen aktivis menentang penempatan haram Israel di Palestin. - Agensi

Iklan