"SAYA nak convert Islam," ulas penyanyi, Mark Adam menerusi klip rakaman program Al-Hidayah di TV3 yang dikongsi olehnya di Instagram (IG).
Di klip rakaman tersebut, Mark memberitahu, ketika meluahkan hasratnya untuk memeluk agama Islam, ibunya menangis.
Manakala semasa diajukan soalan sama kepada bapanya, Mark mendapat kebenaran.
"Saya tanya mak saya, mak saya menangis. Dia cakap tanya ayah awak.
"Kemudian, satu soalan ayah saya tanya, awak gembira tak?
"Saya jawab ya dan dia jawab OK," kata Mark.
Hasil tinjauan Sinar Harian di ruangan komen IG penyanyi si Katak dan Pencuri itu, rata-rata peminatnya kagum dengan keputusan Mark bergelar sebagai saudara baharu.
Tidak kurang juga peminatnya daripada negara asal, Filipina, turut memuji dan hormat dengan keputusannya itu.