HANOI - VIETNAM. Kastam Vietnam hari ini berkata ia merampas lebih daripada sembilan tan gading gajah yang disyaki diseludup melalui penghantaran kayu balak dari Republik Demokratik Congo.
Gading-gading itu ditemui pada Selasa lalu di atas sebuah kapal dari Republik Demoktarik Congo di pelabuhan utama di Danang.
Iklan
Iklan
Katanya, rampasan di bandar Danang itu merupakan yang terbesar pernah dilakukan.
"Pakej barangan seberat 9.1 tan dipercayai gading gajah disembunyikan dalam kayu balak ditemui dan dirampas,” menurut portal berita Hai Quan iaitu laman web rasmi Kastam Vietnam.
Vietnam mengharamkan penjualan dan pembelian gading gajah, namun kekurangan penguatkuasaan menyebabkan perdagangan haram berleluasa di pasaran gelap di negara itu.
Gading gajah digunakan untuk membuat barang kemas, barangan perhiasan rumah dan perubatan di Vietnam.
Negara itu juga menjadi pusat transit terkenal bagi perdagangan haram hidupan liar sebelum diedarkan ke negara-negara Asia lain, terutamanya China. – AFP