Dua pelajar pondok dikhuatiri lemas ketika mandi sungai di Kota Bharu

Iklan
Gambar hiasan

KOTA BHARU - Dua pelajar dari sebuah pusat pengajian pondok dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Machang Limbat dekat Pasir Tumboh di sini pada petang Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh, Penolong Penguasa Bomba El Taraff Mohd Zachariah berkata, sebaik menerima panggilan mengenai laporan tersebut pukul 7.16 malam, enam anggota BBP Pasir Tumboh bersama lapan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pengkalan Chepa bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, berdasarkan maklumat saksi, kedua-dua mangsa dilihat kali terakhir mandi dalam sungai itu pukul 6.45 petang, sebelum tenggelam.

"Anggota PPDA menjalankan selaman serta pencarian dibuat di permukaan sungai dalam radius 200 meter sekitar mangsa tenggelam.

Iklan

"Maklumat awal mendapati mangsa yang dikenali sebagai Mohd Hafiz, 17, dan Mohd Lokman, 18, pergi ke sungai tersebut bersama sembilan lagi rakan lain,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa disambung semula pagi ini, dan difahamkan jarak antara lokasi kejadian dengan pondok pengajian pelajar tersebut adalah kira-kira 200 meter. - Bernama

Iklan