Mustapha terima penghargaan Kedutaan Arab Saudi

Iklan
Mustapha (dua dari kiri) menerima Surat Penghargaan Khas selaku Tokoh NGO Antarabangsa yang disampaikan oleh Sheikh Abdulrahman (dua kanan).

KUALA LUMPUR - Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican menerima Surat Penghargaan Khas dan anugerah penghormatan mengerjakan umrah pada April ini daripada Kedutaan Arab Saudi di Malaysia.

Anugerah tersebut disampaikan Atase Agama Kedutaan Arab Saudi, Sheikh Abdulrahman M Al Herfi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Mustapha merupakan tokoh unik dan mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk ketenteraan, perkhidmatan awam dan swasta serta badan bukan kerajaan (NGO).

"Beliau telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa khususnya dalam kerja-kerja kebajikan. Kemanusiaan dan keamanan penting untuk kepentingan manusia sejagat.

Iklan

"Beliau juga turut membantu bukan Islam yang daif. Ini sesuatu yang murni kerana telah menunjukkan contoh terbaik dan saya amat kagum dengan kebolehan luar biasa ini," katanya, hari ini.

Mustapha menerima Surat Penghargaan Khas daripada Sheikh Abdulrahman.

Menurutnya, pengiktirafan yang diberikan kepada Mustapha berdasarkan kepada tugas kemanusiaan beliau selama 20 tahun di negara Asia Tenggara.

Iklan

"Tugas ini bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan kesabaran mendalam, jiwa yang kuat dan keazaman yang tinggi.

"Saya juga melihat sesuatu yang unik terhadap Mustapha kerana banyak mendapat pengiktirafan pemimpin tertinggi di beberapa negara Asean khususnya Kemboja," katanya.

Sementara itu, Mustapha berkata, pengiktirafan daripada Kedutaan Arab Saudi adalah yang pertama diterima beliau.

"Saya akui banyak meminta bantuan dari pihak Kedutaan Arab Saudi seperti al- Quran, sejadah dan beberapa keperluan lain kerana di Kemboja, tiada kedutaan Arab Saudi.

"Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih atas pengiktirafan dan kepercayaan yang diberikan pihak Arab Saudi. Kejayaan ini bukan untuk saya seorang tetapi buat rakyat dan negara kita yang tercinta," katanya.