AS kutuk kenyataan hina Nabi Muhammad SAW

Iklan
Gambar fail menunjukkan penduduk Muslim memprotes kenyataan jurucakap parti BJP yang menghina Nabi Muhammad SAW di India. - Foto AP

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengutuk kenyataan dua pegawai parti pemerintah India, Bharatiya Janata Party (BJP) tentang Nabi Muhammad (SAW) yang telah mencetuskan kekecohan di negara-negara Islam.

"Kami mengecam komen menyinggung yang dibuat oleh dua pegawai BJP dan kami gembira melihat parti itu secara terbuka mengutuk komen itu," kata jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price kepada pemberita.

Iklan
Iklan

"Kami kerap berhubung dengan kerajaan India mengenai kebimbangan hak asasi manusia termasuk kebebasan beragama atau kepercayaan," katanya.

Nupur Sharma yang merupakan seorang ahli politik dan jurucakap parti BJP pada 26 Mei lalu membuat kenyataan di televisyen tentang isteri nabi tersenut sehingga mencetuskan demonstrasi di seluruh dunia Islam.

Iklan

Kenyataan itu mencetuskan protes diplomatik bukan sahaja di Pakistan tetapi di negara-negara Arab yang biasanya menikmati hubungan rapat dengan India.

Di Bangladesh, penunjuk perasaan telah menuntut Perdana Menteri, Sheikh Hasina yang merupakan sekutu rapat India mengutuk kenyataan tersebut.

Iklan

Dalam pada itu, BJP turut menggantung keanggotaan Sharma dan Naveen Kumar Jindal iaitu seorang lagi tokoh dalam parti berkenaan yang dituduh membuat ciapan di Twitter tentang Nabi Muhammad SAW. - Agensi