Presiden Ukraine, pemimpin Eropah bincang perang dengan Rusia

Iklan
Volodymyr Zelenskyy - Foto AFP

ANKARA - Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mengadakan pertemuan dengan pemimpin Jerman, Itali, Perancis dan Romania di ibu negara Kyiv pada Khamis dan membincangkan mengenai perang dengan Rusia.

"Hari yang sibuk. Mesyuarat penting," lapor Agensi Anadolu memetik perkongsian Zelensky di akaun Telegramnya.

Iklan
Iklan

"Gembira bertemu Presiden Perancis Emmanuel Macron, Canselor Jerman Olaf Scholz, Perdana Menteri Itali Mario Draghi dan Presiden Romania Klaus Iohannis di Kyiv!”

"Kami menghargai solidariti anda dengan negara dan rakyat kami," tambahnya.

Iklan

Zelenskyy di Facebook menegaskan bahawa 'kekuatan utama dan senjata paling berkesan' mereka adalah penyatuan.

"Rakyat Ukraine hari ini berada di barisan hadapan memerangi serangan Rusia. Tetapi mereka tidak bersendirian. Dan ini dibuktikan dengan lawatan Emmanuel Macron, Olaf Scholz, Mario Draghi dan Klaus Iohannis ke Kyiv hari ini."

Iklan

Dalam pertemuan itu, para pemimpin berbincang untuk pelanjutan dan pengukuhan pertahanan Ukraine, sokongan ekonomi untuk Ukraine dan pembinaan semula selepas perang serta respons terhadap krisis makanan dan tindakan sekatan selanjutnya ke atas Rusia, tambah Zelenskyy.

"Perhatian khusus diberikan kepada masa depan Eropah dan integrasi Eropah di negara kita," katanya.

Zelenskyy juga menggesa Kesatuan Eropah untuk menyegerakan penyertaan Ukraine ke blok itu.

"Status Ukraine sebagai calon EU daripada segi sejarah boleh mengukuhkan kebebasan di Eropah dan menjadi satu daripada keputusan penting Eropah pada awal abad ke-21. Saya percaya keputusan itu akan menjadi satu pencapaian bersejarah," katanya.

Zelenskyy juga berterima kasih kepada Macron, Scholz, Draghi dan Iohannis atas pertemuan itu, sambil menyatakan bahawa mereka sedang bersedia untuk"keputusan penting baharu untuk mengukuhkan Ukraine dan mengukuhkan keselamatan di Eropah."

Selepas perbincangan itu, para pemimpin mengadakan sidang media bersama. - Bernama