NCD: 10 penyebab utama beban penyakit negara

Iklan
Siti Mariah (Tangkap layar Facebook Siti Mariah)

SHAH ALAM - Penyakit tidak berjangkit (NCD) merupakan 10 penyebab utama penyumbang kepada beban penyakit negara di Malaysia.

Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, 60 peratus kematian direkodkan di seluruh dunia disebabkan penyakit ini.

Iklan
Iklan

Justeru, beliau menggesa penduduk di Selangor mendaftar di program Selangor Saring sebagai usaha pencegahan awal sekali gus dapat mengelak risiko lebih teruk.

"Jalani saringan kesihatan segera sebelum terlambat, daftar ke Program Selangor Saring di aplikasi Selangkah untuk jalani saringan kesihatan secara percuma.

Iklan

"Mencegah lebih baik dari mengubati dan ujian saringan ditawarkan berdasarkan penilaian faktor risiko individu melalui borang saringan awal di aplikasi Selangkah," katanya di laman Facebooknya pada Jumaat.

Selangor memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan program Selangor Saring yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khasnya kepada mereka yang mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Iklan

Program secara percuma sehingga 4 September itu menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik dan kanser payu dara, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.

Minggu ini program diteruskan di lima Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan Sabtu di DUN Dengkil dan Sungai Ramal manakala Ahad di DUN Sungai Pelek, Pandan Indah serta Teratai.