Snek Para Atlet

Iklan
Pengasas Hutan Ration Powerfood (HRP), Jazrul Fuad menunjukkan produk pembekal tenaga segera (bar energy) untuk membantu atlet atau golongan yang minat bersukan ketika ditemui di kawasan perindustrian Gong Badak baru-baru ini.

Sambutan baik serta maklum balas positif yang diterima daripada rakan dan pelanggan mendorong beliau untuk mengusahakan produk tersebut pada skala lebih besar di premis kilangnya di Terengganu.