Kadar jangka pendek ditutup stabil

Iklan
1809870(1)

KUALA LUMPUR - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM41.60 bilion daripada RM43.23 bilion pagi Jumaat manakala bagi dana Islam, ia susut kepada RM24.29 bilion daripada RM27.50 bilion sebelumnya.

Iklan
Iklan

Awal Jumaat, bank pusat menawarkan tiga tender pasaran wang konvensional, tiga tender Qard dan dua tender repo berbalik.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Iklan

Pada jam 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM41 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM24.3 bilion, kedua-duanya bagi wang tiga hari.

Purata kadar semalaman Islam berada pada 1.72 peratus manakala kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing pada 1.78 peratus, 1.82 peratus dan 1.85 peratus. - BernamaAG:

Iklan