Tiga sahabat dihukum penjara rogol pelajar 13 tahun

Iklan

PUTRAJAYA - Tiga sahabat dihantar ke penjara selepas mereka gagal dalam rayuan terakhir di Mahkamah Rayuan pada Jumaat untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara kerana merogol pelajar perempuan berusia 13 tahun pada 2018.

Ahmad Moslem Haqqani Rosli, 23; dan Muhamad Amyrul Nazmy Rusdi, 25; masing-masing diperintah oleh Mahkamah Rayuan menjalani hukuman penjara 20 tahun manakala seorang lagi rakan mereka berusia 20 tahun (ketika kesalahan itu dilakukan berusia 17 tahun), diarah menjalani hukuman penjara 12 tahun.

Iklan
Iklan

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Nordin Hassan menolak rayuan mereka selepas mendapati rayuan mereka tidak mempunyai merit.

Pemuda itu masing-masing diikat jamin RM30,000 sementara menunggu rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.

Iklan

Mengikut kertas pertuduhan, ketiga-tiga lelaki itu didakwa melakukan rogol berkumpulan ke atas seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun berhampiran pantai Bachok, Kelantan pada jam 3 pagi, 27 Mei 2018.

Mereka didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Sesyen pada 14 Mei 2019 dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi pada 3 Februari tahun lepas.

Iklan

Dalam keputusan mahkamah untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi, Hakim Hadhariah berkata, kedua-dua Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen tidak melakukan kekhilafan dalam keputusannya.

Peguam Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh dan Asmadi Husin mewakili pemuda itu manakala Timbalan Pendakwa Raya Fauziah Daud dan Aida Khairuleen Azli hadir bagi pihak pendakwaan. - Bernama