JAGUH badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meneruskan penguasaannya apabila menempah tiket ke separuh akhir Terbuka Indonesia pada Jumaat.
Pemain profesional negara itu mara selepas mempamerkan aksi cemerlang menewaskan juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew 21-18, 16-21, 22-20 pada aksi suku akhir di Stadium Istora Senayan, Jakarta.