JAGUH powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin sekali lagi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa apabila muncul juara Kejohanan Powerlifting Para Terbuka Asia Oceania 2022 di Pyeongtek, Korea Selatan pada Jumaat..
Juara Paralimpik Tokyo 2020 itu berjaya meraih pingat emas bagi kategori 72 kilogram (kg) menerusi angkatan terbaiknya seberat 213kg pada percubaan ketiga, menurut laman sesawang World Para Powerlifting www.paralympic.org/powerlifting.