KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mengalami kecederaan ringan selepas kenderaan dinaikinya terlibat dalam kemalangan di KM425.3 Lebuhraya Utara Selatan dekat Bukit Beruntung pagi Jumaat.
Pegawai Khas beliau, S. Griba ketika dihubungi Bernama berkata, Rayer telah menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh dan telah dibenarkan pulang kira-kira jam 5 petang tadi.