KUALA LUMPUR - Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil minggu depan berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada pasaran tunai.
Pada minggu yang baru berakhir, bank pusat campur tangan setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender pasaran wang konvensional, tender Qard, tender program Murabahah komoditi, tender repo berbalik dan Bil Antara Bank Bank Negara (BNIB).