Padah potong barisan, 19 pemandu disaman

Iklan
Antara kenderaan yang dikesan memotong barisan dan diambil tindakan ke atas pandunya dalam Ops Memotong Barisan dijalankan UPB JPJ Pahang sekitar pusat bandar Kuantan pada Jumaat. Foto JPJ Pahang

KUANTAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang mengeluarkan saman terhadap 19 pemandu atas kesalahan memotong barisan ketika trafik sesak di sekitar pusat bandar di sini pada Jumaat.

Kesalahan tersebut dikesan dan diambil tindakan hasil Ops Memotong Barisan yang dijalankan Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB).

Iklan
Iklan

Pengarah JPJ Pahang, Kamarul Iskandar Nordin berkata, operasi bermula jam 5 hingga 7 petang itu tertumpu di lokasi yang sering dikesan berlaku kesalahan memotong barisan ketika keadaan trafik sesak pada waktu puncak.

Menurutnya, sikap yang ditunjukkan segelintir pemandu itu boleh memburukkan lagi kesesakan dan mengundang bahaya serta berisiko berlakunya kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Anggota UPB JPJ Pahang melakukan pemantauan di lokasi yang sering dikesan berlaku kesalahan memotong barisan ketika keadaan trafik sesak pada waktu puncak sekitar pusat bandar pada Jumaat. Foto JPJ Pahang

Iklan

"Hasil operasi yang dijalankan, sebanyak 19 pemandu kenderaan dikeluarkan notis saman di atas kesalahan itu dan enam notis saman bagi lain-lain kesalahan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kamarul Iskandar berkata, orang ramai diminta agar tidak melakukan kesalahan berkenaan itu kerana sikap tidak bertanggungjawab mereka akan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Iklan

"Bagi kesalahan memotong kenderaan sebelah kiri jalan boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959.

"Jika disabit kesalahan, pihak terlibat boleh dikompaun sehingga RM300," katanya.