Ukraine kenakan visa bagi rakyat Rusia mulai 1 Julai

Iklan
Ukraine dijangka mewajibkan keperluan visa untuk warga Rusia yang ingin memasuki negara itu mulai 1 Julai. - Gambar hiasan

ANKARA - Ukraine dijangka mewajibkan keperluan visa untuk warga Rusia yang ingin memasuki negara itu mulai 1 Julai, menurut presiden negara itu pada Jumaat.

"Sebagai langkah berdepan ancaman yang tidak pernah berlaku terhadap keselamatan negara, kedaulatan, dan integriti wilayah negara kita, saya mencadangkan agar anggota Kabinet mempertimbangkan untuk semakan semula kemasukan warga Rusia ke Ukraine," kata Volodymyr Zelenskyy menerusi Telegram.

Iklan
Iklan

Kabinet Ukraine akan membuat keputusan mengenai hal itu pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu.

"Dan hari ini 'Jemaah Menteri perlu membuat keputusan penting mengenai - resolusi 'Penamatan Perjanjian antara Kerajaan Ukraine dan Kerajaan Rusia mengenai perjalanan tanpa visa untuk rakyat di kedua-dua negara serta pelaksanaan beberapa perjanjian antarabangsa antara Ukraine dan Rusia'," tambahnya.

Iklan

Lebih 4,500 orang awam terbunuh dan 5,585 cedera di Ukraine sejak Rusia memulakan operasi ketenteraannya pada 24 Feb.

Angka sebenar dikhuatiri lebih tinggi, menurut anggaran terbaharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Iklan

Lebih 14 juta rakyatnya terpaksa meninggalkan kediaman, termasuk lebih 7.7 juta telah melarikan diri ke negara lain, menurut angka dikeluarkan PBB. - Bernama