Beberapa kawasan di Ipoh dilanda banjir kilat

Iklan
Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Bandaraya Ipoh dilanda banjir kilat petang Sabtu. - Foto Bomba Perak

IPOH - Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Bandaraya Ipoh dilanda banjir kilat petang Sabtu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai banjir melanda di pusat beli-belah Aeon Kinta City, Canning Garden dan Taman Cempaka bermula jam 4.08 petang.

Iklan
Iklan

"Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh serta Simpang Pulai segera dikerahkan bagi kerja-kerja menyelamat dan memantau keselamatan orang ramai," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, hasil pemantauan mendapati terdapat kereta yang terperangkap di dalam kawasan banjir dan beberapa rumah dinaiki air, namun paras air mulai surut pada kira-kira jam 5 petang.

Iklan

"Semua mangsa dalam keadaan selamat dan tiada penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan setakat ini," katanya. - Bernama

Iklan