KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) tidak menolak kemungkinan menjual hak nama Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kepada rakan kongsi strategik untuk menaja pendapatan, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Beliau berkata, ia merupakan antara cadangan masa depan bagi menjana pendapatan menerusi hak penjualan nama stadium seperti perkara yang lazim dilihat dalam dunia bola sepak atau sukan lain di luar negara.
Iklan
Iklan
"Ada banyak cadangan ke arah itu, tetapi buat masa ini kita yakin (mampu menguruskan penyelenggaraan). Tetapi saya tidak tolak kemungkinan untuk masa akan datang,” katanya ketika ditemui pemberita pada ‘Sesi Teh Tarik Santai’ di SNBJ.
Pada 2017, Stadium Putra telah dijenamakan semula sebagai Axiata Arena hasil kerjasama antara Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dengan Axiata Group Sdn Bhd menerusi perjanjian 10 tahun bernilai RM55 juta.
Stadium lain di luar negara seperti Stadium Emirates kepunyaan Arsenal di London, Stadium Etihad di Manchester, Allianz Arena kegunaan kelab gergasi Jerman, Bayern Munich serta Arena OCBC dan Pusat Akuatik OCBC di Singapura antara venue sukan yang dijenamakan semula menerusi perkongsian strategik. - Bernama
Artikel Berkaitan