Jawatankuasa Parlimen perlu segerakan Akta Pendanaan Politik

Iklan
Ahmad Maslan

ALOR GAJAH - Satu jawatankuasa peringkat Parlimen perlu dibentuk bagi membolehkan draf Akta Pendanaan Politik segera dibentangkan, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, hal ini kerana draf akta itu sudah lengkap sejak 2017 dan perlu segera dibentang supaya individu yang memberikan dana politik tidak berasa khuatir, manakala penerima tidak dizalimi.

Iklan
Iklan

"Draf akta itu sudah ada dan siap sejak 2017 dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (ketika itu), Datuk Paul Low yang antara tugasnya ialah menyiapkan Akta Pendanaan Politik.

"Bagaimanapun, dalam peringkat jawatankuasa perbincangan pembangkang tidak setuju kerana mereka khuatir syarikat yang memberi dana politik kepada parti itu akan disenarai hitam oleh kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pertama UMNO Cawangan Taman Rambai Jaya Fasa III Dewan Undangan Negeri Paya Rumput di sini pada Sabtu.

Iklan

Ahmad berkata, akta itu sudah lama diguna pakai di negara barat agar ahli politik atau mana-mana individu tidak menjadi mangsa kerana menerima atau memberi dana kepada parti politik.

"Saya sendiri dimangsakan kerana menerima dana politik yang saya tidak tahu bahawa duit itu ada kaitan atau tidak dengan 1MDB... Ini kerana ketika itu, saya adalah Ketua Penerangan UMNO dan Presiden bagi (dana politik)... namun mujurlah segalanya sudah selesai," katanya. - Bernama

Iklan