Masalah kekurangan pekerja, mana anak tempatan?

Iklan
Setakat Rabu lalu sebanyak 14,000 pekerja asing daripada 14 negara telah berjaya dibawa masuk ke Malaysia. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Negara kini mengalami kekurangan pekerja asing sehingga menyebabkan pelbagai kesan berlaku kepada banyak sektor antaranya pertanian, perladangan, pembuatan dan perkhidmatan.

Ada di antara sektor tersebut kekurangan sehingga separuh pekerja dan ia menyebabkan produktiviti barangan yang dihasilkan tidak dapat mencapai jumlah yang memberansangkan seperti sebelum ini.

Iklan
Iklan

Sedia maklum, pekerja asing menjadi kurang apabila arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada dua tahun lalu dikenakan menyebabkan mereka tiada pekerjaan dan pulang ke negara asal.

Namun demikian, setelah negara hampir pulih sepenuhnya daripada wabak Covid-19, semua sektor ekonomi telah dibenarkan untuk beroperasi semula.

Iklan

Disebabkan kekurangan pekerja asing, beberapa pekerjaan contohnya seperti restoran mamak yang dahulunya buka sehingga 24 jam terpaksa mengehadkan waktu operasi mereka sehingga 10 malam sahaja.

Oleh yang demikian, pelbagai persatuan telah menggesa kerajaan untuk mempercepatkan pengambilan pekerja asing kerana dikhuatiri kesan yang lebih buruk akan berlaku sekiranya isu kekurangan pekerja berterusan.

Iklan

Menurut Menteri Sumber Manusia,Datuk Seri M Saravanan, setakat Rabu lalu sebanyak 14,000 pekerja asing daripada 14 negara telah berjaya dibawa masuk ke Malaysia.

Tambahnya, sebanyak 200,000 kuota pekerja asing telah diluluskan bagi lima sektor utama di negara iaitu pertanian, perladangan, pembuatan, pembangunan dan perkhidmatan.

Jelas beliau, kuota itu juga berjaya diluluskan dalam tempoh 60 hari selepas pembukaan sempadan negara pada 1 April lalu.

Justeru, katanya, mana-mana majikan boleh memohon kuota tersebut daripada Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Namun demikian, persoalan penulis adalah mengapa sektor-sektor tersebut hanya bergantung kepada pengambilan pekerja asing semata-mata? adakah anak tempatan di negara ini sudah tiada?

Semestinya perkara tersebut mempunyai alasan yang tersendiri dan antaranya adalah kesesuaian gaji dengan kerja berat yang dilakukan.

Perkara ini seharusnya dipandang lebih serius oleh pihak bertanggungjawab agar negara tidak terlalu bergantung kepada kemasukan pekerja asing semata-mata.