SELEPAS gagal mempamerkan aksi cemerlang pada kempen sulungnya di Old Trafford, benteng pertahanan Manchester United, Raphael Varane tekad mahu memperbaiki persembahannya pada musim depan.
Malah Varane juga yakin, kehadiran pengendali baharu United, Erik ten Hag dilihat bakal membantu prestasi dirinya dan pasukan selepas sekali lagi menamatkan musim tanpa piala selain berada di tempat keenam.
Iklan
Iklan
"Ini adalah musim baharu dan ia juga adalah permulaan baharu buat pasukan. Malah semua pihak di sini sangat teruja untuk bergandingan bersama pengurus baharu itu.
"Jelas sekali, kami mahu bermain dengan baik dan memenangi setiap perlawanan. Justeru kami perlu bersedia untuk musim baharu dan penting buat kami berlatih bersungguh-sungguh serta bersedia dengan banyak sesi latihan dan perlawanan.
"Jadi saya fikir ia akan menjadi menarik dan masa yang hebat untuk bekerja keras serta lebih bersedia untuk musim ini,” katanya.
Manchester United bakal memulakan sesi latihan pada 27 Jun ini sebelum memulakan jelajah pramusim ke Australia dan Asia Tenggara pada Julai dengan Liverpool bakal menjadi perlawanan pertama buat ten Hag di Bangkok.
Selepas itu, pasukan akan bergerak ke Melbourne, Australia untuk menentang Crystal Palace sebelum ke Perth untuk bertemu Aston Villa.