Lapan borang pencalonan PRK Rantau terjual: SPR

Iklan
Azmi ketika ditemui selepas meninjau pusat penamaan calon PRK DUN Rantau di Dewan SJK (C) Bandar Seri Sendayan, di sini, hari ini.

SEREMBAN - Sebanyak lapan borang pencalonan untuk PRK DUN Rantau telah dibeli setakat ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Prof Madya Dr Azmi Sharom berkata, ia termasuklah satu borang masing-masing daripada BN dan PH.

Iklan
Iklan

"Selebihnya adalah daripada calon Bebas," katanya kepada media selepas meninjau pusat penamaan calon PRK DUN Rantau di Dewan SJK (C) Bandar Seri Sendayan, di sini, hari ini.

Sementara itu, Azmi berpuas hati dengan persiapan dilakukan sempena hari penamaan calon esok.

Iklan

"Setakat ini persiapan berjalan lancar dan tiada masalah. Asakan semua orang ikut peraturan dan undang-undang, saya rasa akan ada satu hari penamaan calon yang berjaya," katanya.

Katanya, SPR juga yakin dapat mencapai sasaran keluar mengundi sebanyak 70 peratus.

Iklan

"Kita tak boleh paksa orang keluar undi. Tapi sasaran 70 peratus ini tidak mustahil kerana di PRK DUN Semenyih capai 73 peratus," katanya.