PM merafak sembah sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah

Iklan
Tangkap layar merafak sembah tahniah kepada Sultan Kedah di facebook Ismail Sabri pada Ahad.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah sempena sambutan ulang tahun keputeraan rasmi baginda ke-80 pada Ahad.

Ismail Sabri menzahirkan ucapan itu kepada baginda menerusi akaun Facebook rasminya.

Iklan
Iklan

"Patik mendoakan mudah-mudahan dilanjutkan usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff.

"Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Ampun Tuanku," katanya.

Iklan

Bersempena Hari Keputeraan baginda, seramai 62 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat. - Bernama

Iklan