Remaja anak yatim tiada dokumen pengenalan diri sejak lahir

Iklan
Natrah menunjukkan gambar Nur Intan Adilla yang kini berada dalam jagaan institusi kebajikan.

SUNGAI PETANI - Seorang remaja perempuan berstatus anak yatim dikesan masih belum memiliki dokumen pengenalan diri sejak lahir.

Pelindung Kanak-kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda, Natrah Ahmad berkata, remaja terbabit dikenali Nur Intan Adilla berusia 17 tahun kini berada dalam jagaan institusi kebajikan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, berdasarkan maklumat diperolehi, remaja terbabit berasal dari Selayang merupakan anak kepada Saidah dan Mokhtar telahpun diserahkan oleh keluarga majikan bapanya sementara ibu kandung yang dipercayai warga Indonesia telah meninggal dunia.

"Selepas bapa kandung Nur Intan Adilla yang merupakan warga asing ditangkap dalam satu operasi pihak berkuasa, lelaki terbabit telahpun dihantar ke negara asal berikutan tiada dokumen sah.

Iklan

"Keluarga majikan bapa kandung kemudian menyerahkan remaja terbabit kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ditempatkan di institusi kebajikan sehingga kini," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, usaha mencari waris kepada remaja terbabit sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tidak berhasil.

Iklan

"Kita memohon mana-mana individu yang mengenali atau mengetahui maklumat tentang remaja terbabit, diminta tampil membantu urusan daftar lewat kelahiran.

"Sepanjang berada dalam jagaan institusi, Nur Intan Adilla diberi peluang mendapat akses pendidikan dalam aliran biasa serta pelajar yang berkelakuan baik.

"Kenyataan dibuat bagi tujuan memudahkan proses pendaftaran agensi berkaitan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat, boleh menghubungi Natrah di talian 04-4204900.