Remaja ditemukan lemas ketika mandi sungai

Iklan
Mayat mangsa ditemui di Kampung Pogunon, Penampang kira-kira tiga kilometer dari dia dilaporkan lemas pada Ahad.

PENAMPANG - Seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas ditemui meninggal dunia di sungai Kampung Pogunon, di sini pada Ahad.

Mayat Harold Walter, 17, ditemui pada jam 2.45 petang iaitu kira-kira tiga kilometer dari mangsa dilaporkan lemas iaitu di Kampung Timpangoh.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zeno Tingalan berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua berjaya menemui salah seorang mangsa.

Katanya, seramai enam anggota BBP Penampang, beberapa anggota dari agensi lain dan penduduk kampung terlibat dalam operasi itu.

Iklan

"Mangsa pertama berjaya ditemui oleh orang awam di tepi sungai iaitu sejauh tiga kilometer dari jarak lokasi asal mangsa dilaporkan lemas dan disahkan meninggal dunia oleh pihak polis.

"Pencarian mangsa yang kedua iaitu Tomansi Olaf, 17, masih dijalankan di sepanjang kawasan sungai dengan menggunakan kaedah 'surface' dan menggunakan bot," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Katanya lagi, maklumat berhubung SAR mangsa kedua akan terus dikemas kini dari masa ke masa.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan dua remaja dikhuatiri lemas manakala empat lagi selamat ketika melakukan aktiviti mandi di sungai berkenaan pada Sabtu.