Budak sekolah kantoi khalwat suami orang

Iklan
Lelaki berkenaan keluar tanpa memakai baju.

LUNAS - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun kantoi apabila ditahan khalwat bersama suami orang dalam sebuah rumah sewa di Taman Kuchai, Rabu lalu.

Ketika serbuan, remaja berkenaan didapati menyorok dalam sebuah bilik di rumah sewa lelaki tersebut.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Agama Daerah Kulim (PADK), Anwar Sharifudin Mat berkata, lelaki berusia 26 tahun itu keluar tanpa memakai baju setelah pintu rumah diketuk.

"Setelah memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa PADK, seorang lelaki membuka pintu rumah tanpa berbaju.

Iklan

"Kami kemudian membuat pemeriksaan di bilik belakang tetapi berkunci memaksa pintunya dipecahkan," katanya.

Katanya, sebaik pintu dipecahkan, remaja perempuan itu sedang menyorok di belakangnya.

Iklan

"Siasatan awal mendapati pasangan ini tidak ada hubungan mahram manakala lelaki bekerja di sebuah kedai makan itu telah pun beristeri.

"Mereka berdua mengaku pernah terlanjur sebelum ini. Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Kulim untuk laporan," katanya.

Beliau berkata, pasangan itu ditahan di bawah Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

"Saya ingin tegaskan, sekiranya PADK menahan mana-mana pasangan bukan mahram bersekedudukan atau melakukan maksiat, kami akan pastikan mereka didakwa di mahkamah," katanya.

Terdahulu, Anwar dengan tiga anggota penguat kuasa serta Pegawai Masjid Taman Kuchai melakukan serbuan setelah menerima maklumat awal pada jam 3.16 petang.