[VIDEO] Kanak-kanak empat tahun kritikal akibat dadah

Iklan
Kanak-kanak tersebut terpaksa ditidurkan ketika menerima rawatan di HRPZII. (Gambar kecil: Muhamad Zaki)

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dari Kampung Sri Bintang, Kuala Krai berada dalam keadaan kritikal dipercayai akibat dadah.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kanak-kanak tersebut yang sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini terpaksa ditidurkan.

Iklan
Iklan

"Pada jam 5 pagi Ahad kami telah menerima satu laporan daripada doktor di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai berkenaan seorang kanak-kanak yang berada dalam keadaan kritikal dipercayai akibat dadah.

"Mangsa dibawa oleh ibu kandungnya untuk mendapatkan rawatan," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada Isnin.

Iklan

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, hasil soal siasat mendapati kanak-kanak tersebut dibawa oleh bapa saudaranya berusia 32 tahun yang merupakan penagih tegar ketika mengambil dadah.

Menurutnya, semasa jagaan bapa saudaranya sama ada kanak-kanak tersebut diberi dadah atau dibiarkan menyebabkan mangsa terdedah dengan penggunaan bahan terlarang itu sehingga ia masuk ke dalam badan.

Iklan

Beliau berkata, tindakan serta merta diambil dengan menahan bapa saudara kanak-kanak terbabit yang bekerja sebagai buruh pada jam 10 malam Ahad untuk siasatan lanjut dan suspek direman mulai Isnin serta mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

"Dadah yang berada di dalam badan kanak-kanak tersebut dipercayai jenis methaphetamine.

"Kes ini akan disiasat bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.