Remaja 'rosakkan' eskalator di stesen LRT Sri Rampai baru dibaiki

Iklan
Tangkap layar rakaman CCTV memaparkan seorang remaja menekan butang kecemasan di eskalator berdekatan stesen LRT Sri Rampai.

KUALA LUMPUR - Sebuah eskalator di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai tidak dapat berfungsi semula akibat perbuatan seorang remaja yang menekan butang berhenti kecemasan pada infrastruktur tersebut hingga menyebabkan operasinya tergendala sedangkan kemudahan itu baru dibaiki.

Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, perbuatan remaja itu dirakam oleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar eskalator berkenaan.

Iklan
Iklan

"Tindakan dilakukan oleh remaja tersebut boleh dikategorikan sebagai perbuatan vandalisme.

"Butang kecemasan hanya digunakan pada saat-saat genting dan salah guna butang tersebut boleh menyebabkan kerosakan pada eskalator serta akhirnya menimbulkan kesulitan kepada pengguna lain.

Iklan

"Sama-samalah kita menghargai kemudahan awam yang disediakan," menurut hantaran tersebut, pada Isnin.

Baru-baru ini, eskalator tersebut yang pernah tular didakwa tidak berfungsi sejak lima tahun lalu sudah boleh digunakan sejak kira-kira lima hari lalu.

Iklan

Unit Media DBKL menerusi kemas kini di Facebook rasminya berkongsi video berdurasi 12 saat memaparkan keadaan semasa tangga bergerak itu yang telah berfungsi.