Seorang maut, tiga cedera insiden tembakan di Washington

Iklan
Seorang remaja maut manakala tiga lagi cedera dalam kejadian tembakan di Washington D.C.

WASHINGTON - Seorang remaja maut manakala tiga lagi cedera dalam kejadian tembakan di Washington D.C, menurut polis.

Insiden berlaku pada malam Ahad ketika festival muzik Moechella berlangsung, lapor Sputnik.

Iklan
Iklan

"Jabatan Polis Metropolitan (MPD) telah dikerah ke lokasi kejadian di kawasan 14 dan U Street, susulan beberapa orang telah ditembak termasuk seorang pegawai MPD," kata jabatan polis DC di media sosial.

Mereka yang cedera telah dikejarkan ke hospital.

Iklan

Motif di sebalik kejadian masih dalam siasatan. - Bernama

Iklan