Ini kerana berdasarkan kepelbagaian rangakaian dalam komuniti di negara ini, Maxis ingin mengajak semua untuk menyertai mereka dalam Rangkaian Kita Rangkaian Malaysia untuk menikmati liputan menyeluruh, tak kira apa pun keperluan anda.
Maxis yakin apabila seluruh rakyat Malaysia bersama, mereka mampu untuk menerajui dan mencapai apa sahaja impian serta keinginanan dalam aspek kehidupan.
Bagi merealsisikan impian seluruh rakyat Malaysia itu, Maxis telah menggariskan tiga elemen utama Rangkaian Menyeluruh
Penyambungan bawah bumbung paling dipercayai, diperkasakan oleh kelengkapan penyelesaian berintegrasi; di mana para pelanggan Maxis mampu kekal berhubung dengan sandaran selular dan broadband aktif; dengan memiliki liputan optima dengan Wifi Mesh dan router WiFi 6 terkini; para pelanggan juga boleh menikmati panggilan suara jelas dengan teknologi VoLTE serta diperkasakan dengan VoWiFi
Rangkaian gred perusahaan termaju di Malaysia; Maxis komited melakarkan kegemilangan perniagaan anda dengan Rangkaian Berprogram Maxis (MPN) dan nikmatilah lebar jalur fleksibel atas permintaan serta integrasi selamat dengan pembekal cloud utama.
MPN memiliki kebolehpercayaan misi kritikal dan prestasi dari peneraju industeri dengan pembekal perkhidmatan komunikasi diiktiraf MEF 3.0 pertama Malaysia.
Maxis mahu memastikan perniagaan anda kekal berhubung dengan keteguhan rangkaian yang menawarkan 100% kestabilan untuk kesediaan perkhidmatan tahap tertinggi (SLA) dalam kesalinghubungan tetap.
Keupayaan dan penyelesaian digital yang meluas
Ini kerana Maxis percaya hanya dengan cara itu sahaja ia dapat memajukan perniagaan para pelanggan mereka dengan rangkaian bertaraf dunia, cloud, VOIP, keselamatan siber, peruncitan dan pembayaran, IoT dan penyelesaian analitik maju yang diperhebatkan lagi dengan Penasihat Strategi IT serta perkhidmatan yang dikendali penuh.
Oleh itu, Maxis mampu memperkukuhkan lagi keuntungan dan kemunculan dalam talian para pelanggannya dengan penyelesaian eDagang setempat yang terbukti apabila telah memenangi anugerah Asia eCommerce Award.
Pilihan meluas peranti dan perkhidmatan untuk seluruh warga Malaysia; Maxis sentiasa menjanjikan kepasa semua warganegara ini untuk menikmati pilihan meluas peranti dengan pembayaran ansuran berpatutan sehingga 36 bulan dan sifar faedah menerusi Maxis Zerolution.
Ia bagi memastikan semua pelanggan Maxis menikmati kehidupan penuh ketenteraman dan harmoni dengan insuran peranti dan alat keselamatan internet dari jenama terkemuka dunia iaitu Kaspersky.
Para pelanggan juga boleh menikmati pilihan meluas peranti tersedia dengan 5G bagi memenuhi keperluan gaya hidup digital masing-masing.
Terus berhubung tanpa risau dengan bantuan pakar 24/7
Dengan pendekatan penuh efisien itu, Maxis yakin para pelanggan dalam kalangan niaga dapat menjana transformasi perniagaan mereka menerusi sokongan pasukan pakar penyelesaian yang diiktiraf ICT bertaraf dunia dan terbesar di Malaysia.
Pakej alatan boleh dipercayai yang berkhidmat untuk jutaan warga Malaysia; tak kira siapa anda dan di mana anda berada, Maxis sentiasa menjamin nikmat kehidupan tenteram dengan pelbagai aplikasi Maxis dan Hotlink yang menawarkan pengebilan masa nyata, ganjaran bersesuian, pengurusan perkhidmatan dan banyak lagi..
Golongan usahawan juga boleh terus kekal dalam kawalan menerusi 'Maxis Business Hub', iaitu sebuah platform selamat, tunggal yang menawarkan kepada usahawan perniagaan atas permintaan, pengawasan hujung ke hujung dan masa nyata untuk penyelesaian mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai RKRM, layari https://www.maxis.com.my/MIOr