KOREA Selatan akan melakukan bidaan untuk menjadi tuan rumah pusingan akhir Piala Asia 2023 selepas China mengambil keputusan melepaskan hak penganjuran temasya bola sepak terbesar benua Asia tersebut, kata Persatuan Bola Sepak Korea (KFA).
China sepatutnya menjadi tuan rumah kejohanan itu pada Jun dan Julai tahun depan, namun usaha negara tersebut untuk mematuhi dasar sifar Covid-19 menyaksikan acara melibatkan penyertaan sebanyak 24 pasukan berkenaan terpaksa dipindahkan.