KUANTAN - Empat remaja termasuk tiga beradik melarikan diri dari sebuah asrama pusat jagaan anak yatim dan miskin di Kempadang di sini tengah malam Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, remaja berusia antara 13 hingga 15 tahun dengan kesemuanya berasal dari Kampung Cenderawasih, Pekan dipercayai melarikan diri menerusi pintu belakang asrama pada 12.30 tengah malam.