Keputusan kes bunuh CEO Cradle Fund pagi ini

Iklan

KUALA LUMPUR - Semua mata akan tertumpu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ab Karim Ab Rahman pagi ini untuk keputusan sama ada Samirah Muzaffar dan dua remaja akan dipanggil membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan, empat tahun lepas.

Ab Karim dijangka menyampaikan keputusan di akhir kes pendakwaan pada 9 pagi ini.

Iklan
Iklan

Sekiranya keputusan mahkamah berpihak kepada pendakwaan, iaitu mahkamah mendapati terdapat kes prima facie terhadap Samirah, 47, dan dua remaja yang kini berusia 19, dan 16 tahun, mereka akan dipanggil untuk membela diri, namun jika keputusan sebaliknya, ketiga-tiga mereka akan dilepas dan dibebaskan.

Samirah, serta dua remaja lelaki yang ketika itu berusia 15 dan 11 tahun dan seorang warga Indonesia yang masih bebas Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin, 45, di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.

Iklan

Pada 14 Februari lepas, pihak pendakwaan menutup kes mereka selepas memanggil 57 saksi termasuk abang dan kakak si mati, Dr Abdul Aziz, Dr Malek Reedzwan dan Che Elainee; Pengarah Jabatan Bomba Kuala Lumpur Edwin Galan Anak Teruki; Pegawai Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur Dr Siew Sheue Feng; Dr Prashant Sanberker serta pengawal keselamatan kediaman si mati Raju Kumar Pandit.

Perbicaraan kes Samirah yang didakwa membunuh suaminya itu bermula pada 6 Sept 2019. - Bernama

Iklan