BAMAKO (Mali) - Serangan ganas pada malam 18 dan 19 Jun lalu telah mengorbankan nyawa 132 penduduk di tiga perkampungan luar bandar Bankass, menurut kenyataan kerajaan Mali yang dikeluarkan pada Isnin.
Menurut pihak berkuasa Mali, penduduk di kampung Diallassagou, Dianweli, Deguessagou dan sekitar luar bandar Bankass menjadi sasaran serangan kejam itu.